BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, November 26, 2008

Dilarang,Melarang,Terlarang? Haram pulak? Aduh...

Aku baru je baca blog Ninie...

Aduhai~ apa nak jadi la ngan Malaysia ni...

Dia cakap dia ada baca satu emel yang di forwardkan...

Tentang 'Bahasa Melayu"...

Aduh! free smileys Bahasa kita sendiri pun jadi masalah ke??

Kat bawah ni u all baca la sendiri 'KENYATAAN AKHBAR' yang dia baca dari emel..(aku tak tau cool smileysakhbar mana~) Time ni la LU PIKIR LA SENDIRI!

KENYATAAN AKHBAR
MAJLIS XXXXX KEBANGSAAN


Mulai 1 Januari 2009, orang beragama Islam di Malaysia dilarang menggunakan Bahasa Melayu. Ini adalah kerana banyak perkataan di dalam bahasa Melayu berasal dari bahasa Sanskrit. Hasil kajian Majlis Xxxxx Kebangsaan mendapati 37% dari perkataan-perkataan di dalam bahasa Melayu berasal dari Sanskrit. Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan sedia maklum, Sanskrit merupakan bahasa asal agama Hindu. Ia juga di kenali di masa yang lampau sebagai "the language of the gods".

Oleh yang demikian, Majlis Xxxxx Kebangsaan berpendapat jika bahasa Melayu digunakan di dalam percakapan harian, kemungkinan besar aqidah orang Islam akan terjejas dan menyebabkan mereka menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar.

Oleh yang demikian, Majlis Xxxxx Kebangsaan dengan ini, secara rasminya, mengharamkan orang Islam di Malaysia dari menggunakan bahasa Melayu mulai 1 Januari 2009. Dengan terlaksananya xxxxx ini, maka : 
Dewan Bahasa dan Pustaka akan dibubarkan serta-merta 
Stesen-stesen TV and radio tidak lagi akan menyiarkan berita dalam bahasa Melayu 
Permit surat khabar berbahasa Melayu akan ditarik balik oleh Kementerian Dalam Negeri 
Orang islam di Malaysia digalakkan mempelajari bahasa-bahasa lain seperti bahasa Arab, bahasa Inggeris, bahasa Mandarin dan bahasa Tamil. 
Xxxxx ini merupakan xxxxx yang terakhir menggunakan bahasa Melayu. Selepas hari ini, semua fatwa yang akan dikeluarkan oleh Majlis Xxxxx Kebangsaan akan menggunakan Bahasa Inggeris, Mandarin and Tamil.

Majlis Xxxxx Kebangsaan
Kuala Lumpur, 24 November 2008

Lepas satu² masalah timbul...

Itu tak boleh...Ini tak boleh...

apa nak jadi weh!

Aritu pasal YOGA,nak haramkan pulak...

Kali ni 'Bahasa Melayu' lak jadi bahan...

Kita kan orang Malaysia,kena la cakap bahasa kita jugak...

Bahasa international pun penting jugak,tapi jangan sampai lupakan bahasa sendiri...

Ok! Tentang Yoga plak, aku sebulat suara tetap tak setuju dengan 'pengharaman' Yoga!

rolleye smileysrolleye smileysrolleye smileys

Yoga tu pun salah satu pergerakan senaman,ada mengeluarkan peluh (walaupun pergerakan slow tetap mencabar!forum smileys)

Kalau yoga tu disertakan dengan niat yang 'lain macam' boleh la dikatakan haram...

Ni kalau setakat pergerakan tak haram...

Siapa yang tak pernah buat YOGA tu cuba la buat! Sila buat!

'Cuba kau lihat,

cuba kau cuba,

renung ke arah YOGI,

Bila dia mengajarmu~'

[Aku ubah sikit lagu Faizal Tahir "CUBA" (pinjam jap ek Abg Faizal hehehe!mad smileys)]

Apa yang patut mereka haramkan? 

Meh sini aku listkan:

  •  Disco n Pub
  • Pusat pelacuran
  • eksport pelacuran! (nak aje aku tembak dia orang ni! pak kan aku takde lesen tembak!angel smileys)
  • Casino
  • Nombor ekor

Kalau nak diikutkan macam² la...

Malas pulak aku nak taip!

Ok!

Bersenam untuk kesihatan anda! 

Yoga pun kira senaman jugak tau! 

unhappy smileys

1 comments:

hubahuba said...

irra... suma yang irra sebut tu da lamae haram da... 1400 tahun dulu lagi da haram...