BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, November 20, 2008

MASAK CARA SIHAT

Merebus

  • Gunakan air dalam kuantiti yang tidak terlalu banyak supaya vitamin dan khasiatnya tidak hilang.
  • Apabila anda merebus sayuran, ada baiknya anda merebus setengah masak supaya ia tidak layu dan khasiatnya tidak hilang. Merebus daging memerlukan anda untuk memastikan ia benar-benar masak bagi mengelakkan bakteria atau kuman.
  • Mereus telur terlalu lama akan menyebabkan tekstur telur berubah dan kuning telur akan menjadi hitam.

Memanggang / Membakar
  • Daging harus direbus terlebih dahulu sebelum dipanggang bagi mempercepatkan proses memasak.
  • Hiris daging nipis-nipis atau buatkan fillet supaya lebih cepat masak.
  • Ayam atau daging yang hendak dipanggnag atau dibakar haruslah direndam terlebih dahulu dengan bawang putih, bawang besar, lada dan cuka.
  • Bungkuskan makanan dalam kertas timah supaya tidak terkena asap.
  • Elakkan meletak makanan yang hendak dipanggang di atas arang yang baru menyala dan berasap. Tunggu sehingga arang menjadi kemerah-merahan atau menjadi bara.
  • Bagi memastikan makanan masak rata, alihkan kedudukan makanan secara kerap.
  • Gunakan alat pemanggang elektronik berbanding alat tradisional. Sekiranya anda masih mahu menggunakan alat tradisional, pilih pemanggang yang mempunyai redai dan jauh daripada arang atau bara.

Mengoreng
  • Pastikan minyak betul-betul panas supaya makanan yang digoreng tidak menyerap terlalu banyak minyak.
  • Jaga suhu minyak supaya tidak terlalu panas. Minyak akan menjadi betul-betul panas sekiranya ia mula mengeluarkan asap. Sekiranya makan yang digoreng ketika suhu minyak panas, maka ia kehilangan protein.

0 comments: