BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, December 11, 2008

⁂SILAT⁂

Hari ni aku demam, tapi tetap jugak aku update blog ni...

Walaupun aku demam,otak aku ni tak boleh nak berhenti berfikir. 

Ada aje benda yang aku nak share ngan u all semua.

Kali ni Irra nak kongsi pasal SILAT.


Photobucket

Silat ni salah satu seni mempertahankan diri. Ia diamalkan sejak berkurun-kurun lampau lamanya.

Pengamal-pengamal seni mempertahankan diri ni jugak terdapat di sekitar Filipina, Brunei, Indonesia, dan Thailand (selain Malaysia).

Setiap pengamal seni mempertahankan diri ni di gelar PESILAT.

Di zaman moden sekarang ni pengajar @pun guru silat di gelar JURULATIH

Kalau zaman dulu² u all selalu dengar dia orang di panggil MAHAGURU,sekarang tidak lagi. Ini kerana 'Mahaguru' bagi mereka gelaran 'maha' hanya sesuai untuk Allah (Tuhan).

Dalam ilmu seni mempertahankan diri (SILAT) ia juga ada menggunakan senjata (senjata melayu) bagi perlindungan diri daripada musuh. Antara nama senjata² tersebut ialah:

  • keris
  • badik
  • kerambit (macam taji @ kuku)
  • parang
  • pedang
  • lading
  • Tumbuk Lada
  • tekpi
  • tongkat
  • tembong
  • sundang

OK, now cara pergerakan silat pulak.

Pergerakan silat terbahagi kepada bunga (pergerakan seolah-olah tarian, digelar juga seni atau tari) dan buah (pukulan atau buah pukul).

Jenis-jenis silat.

Banyak tau jenis-jenis silat ni...

Ni Irra listkan apa yang Irra pernah dengar :

  • Silat Gayong (dulu pernah belajar)
  • Silat Cekak
  • Silat Lincah
  • Silat Pulut (silat pengantin kalau tak silap)

Banyak lagi sebenarnya,tapi Irra pun tak berapa sure sangat...

Source: Wikipedia

6 comments:

hubahuba said...

ira ni bersilat gak kew?

Anonymous said...

silat pon ade? heheh...

hubahuba said...

ira jadi gym instructor dekat mane?

initrahartini said...

bagus entri ni..at least tau skit pasal silat

a s m said...

nice blog

Danial said...

Silat ni pun memang menarik pergerakannya. Saya dapati apa yang ada pada Seni mempertahankan diri lain, adapada silat.

Sy pernah gak belajar silat ni dulu-dulu, tapi bukan dengan Tok Guru yang latih silat reramai tu.
Tapi dengan moyang saya(moga-moga rohnya dicucuri rahmat olehNya)

Ada la juga sket2 yg ingat, ni skg dah banyak la steps yang da lupa..

Kalau kita tengok Hapkido atau Aikido, kita boleh jatuhkan lawan dengan guna tenaga lawan tu sendiri(momentum lawan)
Sama juga dengan silat, dengan cara memulas dan memanipulasi serangan lawan kita.

Cuma silat ni pergerakannya lebih halus berbanding dengan martial arts bangsa lain.

Kekadang bila g jogging kt Mutiara Rini nampak juge bebudak latih Tae-Kwon_Do terutama on Saturdays or Sundays.

Tak pernah lak nampak latihan silat kt situ. Silat ni patu diteruskan promosinya ye ira? :-)