BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, January 25, 2010

Cara dan peraturan pakaian semasa berkabung

Salam...

Pagi-pagi sampai pejabat dah kecoh pasal nak pakai kain hitam ataupun putih untuk berkabung...

Habis je sarapan, aku pun terus mencari info cara pemakaian semasa berkabung supaya tak timbul salah faham..

Sumber diperolehi dari carigold.com


Bendera negeri dikibarkan separuh tiang bermula jam 6 pagi hingga 6 petang selama tujuh hari bermula dari tarikh pemakaman baginda.

Peraturan berkabung seperti digariskan kerajaan negeri ialah lelaki Melayu dikehendaki memakai tanda lilit putih selebar dua inci pada songkok hitam.


Katanya, bagi rakyat bukan Melayu, satu lilitan kain hitam selebar tiga inci dipakai di lengan kiri bersama tali leher hitam dan bagi pasukan beruniform, lilitan kain hitam selebar tiga inci perlu dipakai di lengan kiri.


Menurutnya, bagi wanita Melayu, mereka dikehendaki memakai tudung putih, manakala perempuan bukan Melayu memakai lilitan kain hitam selebar tiga inci pada lengan kiri.


Bagi menghadiri upacara pemakaman pula, orang ramai perlu memakai kain putih selebar dua inci pada songkok hitam dan berbaju Melayu Teluk Belanga hitam bagi lelaki Melayu manakala orang bukan Melayu pula dikehendaki memakai sut hitam bersama tali leher hitam selain kain lilit hitam selebar tiga inci dipakai di lengan kiri.

Bangunan kerajaan juga diarahkan mengibarkan bendera separuh tiang bagi tempoh sama manakala semua bentuk hiburan baik waktu siang, mahupun malam hari pemakaman diarah dibatalkan.

Abdul Ghani yang baru pulang dari mengikuti lawatan Perdana Menteri di India, berkata semua masjid dan surau dikehendaki mengadakan majlis tahlil selama tujuh hari se lepas istiadat pemakaman jenazah.

"Tempoh berkabung bagi kerabat Diraja ialah 40 hari manakala rakyat biasa selama tujuh hari," katanya.


So,lepas ni jangan ada timbil salah faham lagi.

STI: Beri lah penghormatan~


1 comments:

Fiq said...

wow...nice sharing=)