BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, July 26, 2009

Yasmin Ahmad Meninggal Dunia


KUALA LUMPUR: Pengarah filem terkenal Yasmin Ahmad dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 11.25 malam ini di Hospital Pakar Damansara.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Media Prima Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan yang berada di Hospital Pakar Damansara.

Yasmin disahkan meninggal dunia akibat pendarahan teruk di otak.

Suaminya, Tan Yew Leong, Dr.Zakaria Zahri (adik ipar) dan Datin Orked (adik), Dr. Zurin turut berada di sisi Allahyarhamah ketika beliau menghembuskan nafas terakhir.

Jenazah pengarah tersohor ini akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid SS19, Subang Jaya sebelum solat Zohor, esok (26 Julai), manakala tempat pengebumian masih belum ditetapkan.

Perkara itu dimaklumkan oleh rakan baik Allahyarhamah, iaitu pelakon Fatimah Abu Bakar yang mewakili keluarga pengarah itu, pada sidang media yang dibuat di hospital tersebut, sebentar tadi.

Fatimah juga meminta kepada semua peminat Yasmin untuk turut menyertai solat jenazah serta mendoakan agar Allahyarhamah ditempatkan di sisi orang beriman.

Pihak media juga diminta untuk tidak mengganggu ahli keluarga Yasmin buat masa ini yang masih bersedih dengan kematian pengarah itu.

Turut hadir di sidang media tersebut ialah Datuk Seri Farid Ridzuan dan adik iparnya, Dr. Zakaria Zahri.

Yasmin, 51, rebah ketika membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, ibu pejabat stesen televisyen TV3, pada Khamis dan dikejarkan ke hospital berkenaan.

Beliau dilaporkan mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak.

STI:Al-Fatihah buat Yasmin Ahmad, semoga roh nya ditempatkan bersama-sama orang-orang beriman-Amin~

Tuesday, July 21, 2009

KECEDERAAN SEMASA BERSUKAN


Kebanyakan sukan tidak terlepas daripada kecederaan. Kecederaan semasa bersukan adalah pelbagai mengikut jenis sukan dan mekanisme kecederaan tersebut. Walau bagaimanapun kecederaan adalah biasa semasa bersukan.

Apakah penyebab kecederaan yang biasa berlaku semasa bersukan?

*Pertembungan di antara satu sama lain.
*Hentakkan secara langsung daripada pihak lawan atau peralatan bersukan
*Jatuh
*Aktiviti sukan atau latihan yang berlebihan
*Apakah jenis-jenis kecederaan semasa bersukan?
*Luka-luka
*Hentakan
*Terkehel/tergeliat
*Ketegangan
*Terseliuh
*Patah tulang

Apakah jenis kecederaan yang jarang berlaku semasa bersukan?


*Kapsul sendi koyak
*Konklusi otak akibat hantukkan
*Kecederaan dalam abdomen
*Patah/terseliuh pada tulang dan sendi - sendi

Apakah perbezaan di antara terseliuh dengan ketegangan?

Terseliuh merujuk kepada ketegangan yang berlaku di ligamen, manakala ketegangan merujuk kepada ketegangan di otot.

Kekoyakan otot adalah satu bentuk ketegangan.

Apakah tanda dan gejala kecederaan semasa bersukan?

*Sakit - di tempat yang cedera
*Bengkak - di tempat yang cedera
*Lebam - kebiruan di tempat kecederaan
*Kecacatan struktur - contoh : kecacatan di tempat kecederaan ( seperti terseliuh dan patah)
*Kecederaan fungsi - contoh: bahagian yang tercedera tidak dapat berfungsi seperti biasa. (seperti patah,beralih daripada tempat asal dan kekoyakan pada sendi)
*Sakit kepala - dalam kes kena pukul atau kecederaan otak akibat hantukkan
*Pening - terjadi semasa kecederaan otak
*Loya dan muntah - biasa berlaku berikutan kecederaan otak

Adalah diingatkan mungkin terdapat satu atau lebih tanda dan gejala sekiranya mendapat kecederaan semasa bersukan.

Apa yang harus dilakukan sekiranya mengalami kecederaan semasa bersukan?

Terdapat beberapa garis panduan yang boleh diikuti dan selamat dipraktikkan, walau bagaimanapun, jangan mengambil mudah sesuatu perkara kerana ini boleh mendatangkan bahaya. Jika terdapat sebarang keraguan dapatkan khidmat pakar perubatan yang profesional!

Prinsip asas ialah RICE.
R -  
'R' Untuk 'Rest' bermaksud rehat. Rehat dari bersukan dan rehatkan bahagian yang tercedera, kekal berada di tempat yang terlibat dalam kedudukan yang selesa dan tidak mengerakkan bahagian tersebut bagi mengelak rasa sakit dan kecederaan yang lebih teruk.


I
'I' Untuk 'Ice'. bermaksud ais. Anda perlu letakkan ais di bahagian yang tercedera. Ais akan menyebabkan pengecutan salur darah, ini boleh mengehadkan pendarahan dan proses bengkak. Ais juga boleh mengurangkan rasa sakit.


C
'C' Untuk 'Compression'. bermaksud memberikan tekanan. Balut bahagian yang tercedera dengan pembalut atau bandage, bagi mengelakkan bengkak. Semakin kurangnya bengkak semakin kurangnya rasa sakit dan ini mempercepatkan proses penyembuhan. Jangan balut terlalu ketat.


E
'E' Untuk 'Elevation' bermaksud ampu sedikit tinggi. Ampu bahagian yang tercedera tinggi sedikit dari paras jantung, ini mampu mengurangkan bengkak/edema. Anda dinasihatkan untuk membuat ampuan sekerap mungkin.

Bagaimana menggunakan ais bagi membantu merawat kecederaan semasa bersukan?

Masukkan ketulan ais ke dalam beg plastik atau beg ais dan tekap bahagian yang tercedera. Beg plastik mudah mengikut bentuk kebanyakan sendi-sendi. Ini dipanggil Cold Compression.

Untuk mengelakkan kulit melecur, sapukan minyak zaitun atau minyak kelapa di bahagian terlibat sebelum meletakkan ais.

Jika berada di rumah, bagi kecederaan kecil, gunakan air bagi menggantikan ketulan air.

3 jam pertama: Lakukan Cold Compression selama 10 - 15 minit setiap setengah jam

48 jam yang berikut: Lakukan Cold Compression sebanyak 4 - 5 kali sehari selama 15 - 20 minit

Selepas 48 jam: Kompresi panas mungkin boleh digunakan

Peringatan: Mesti dapatkan khidmat rawatan perubatan jika terdapat 

Tanda-tanda

kesakitan, bengkak dan kebiruan menjadi lebih teruk selepas 24 jam

Dapatkan rawatan perubatan untuk mengesan bahagian yang patah dan terseliuh

*Kecacatan struktur yang jelas
*Sakit semasa tidur
*Tidak dapat melakukan aktiviti yang biasa
*Sakit kepala, pening, loya atau muntah di mana ianya semakin serius/teruk. Dapatkan rawatan segera di hospital

Bagaimana cara untuk mencegah kecederaan semasa bersukan?

Langkah-langkah yang penting ialah:

*Gunakan peralatan yang sesuai mengikut saiz dan berpadanan dengan jenis sukan seperti topi keledar untuk menunggang, meluncur atau menggunakan papan luncur
 
*Gunakan alat pelindung yang lengkap semasa pertandingan dan latihan. Digalakkan menggunakan alat pelindung mata (goggle) ketika di padang atau gelanggang. Alat pelindung mulut juga perlu digunakan untuk melindungi mulut, gigi, lidah semasa aktiviti sukan seperti hoki, bola keranjang dan sukan tinju

*Guna alat pelindung untuk pergelangan tangan, siku dan lutut semasa aktiviti sukan meluncur skateboard atau in-line skate

*Gunakan kasut yang sesuai untuk mengelakkan tersadung dan terjatuh

*Sentiasa memanaskan badan dahulu sebelum bersukan

*Elakkan diri dari bersukan sekiranya anda baru pulih dari kecederaan atau selesema

*Sentiasa mengikut peraturan semasa bersukan, di mana ia boleh melindungi anda dari kecederaan

*Gunakan teknik yang betul yang telah diajar oleh jurulatih anda

SOURCE:myhealthportal


Tuesday, July 14, 2009

Farewell for me~

Salam semua,



buat pengetahuan semua 16 Julai 2009 Irra akan beralih bidang~



Dari bidang kecergasan ke bidang penguatkuasaan...



Dapat kerja baru.



Dekat Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah.



wuhuuu~



berbezakan~



So semalam student² pun wat la farewell party (planning konon makan² je,rupanya ada benda lain pulak~).



Semalam sambut kat Secret Recipe City Square.



Agak terharu la bila dia orang semua buat macam ni kat aku.






Ayin,Irra,Atie

Kembar Maria farida~ hehehe! Ayu & Syara

Ayin!! jangan gigit Irra~ hehe~!

ni pulak hadiah yang dia orang bagi~

sweet~! thanx guys!

thanx Ayin

From Syara~


SWEET!!!

END~
STI: Irra hargai anda semua! muaaahhh!

Clark Hatch Excite Hawaiian Nite at Danga Cruise

Salam semua....


lama da tak update blog Irra ni...


nak kongsi last Saturday gym aku ada event.. (11 July 2009)


Hawaiian nite...


Lepaking at Danga Cruise...


ni nak kongsi gambar yang da di capture kan... (bukan kamera aku k~)




Welcome to Danga Cruise~

dua orang mamat ni 'STRONGEST MAN' kat gym kami~

dapat anugerah lagi~

perfomance by 'buaya² Clark Hatch'~ hehe!

goyang gerudi from our 'chicks'~ hahaha! (aku tak de k~)

posing habis!!!

HOT chicks~


LELONG!!! LELONG!!! lelaki untuk dijual~ hahaha!

Sherwin,Fendy,Christine,Mitch

Syara & Fendy

Fendy & me

lelaki² gersang! ops! hahaha!

Danial & me (student aku!)

Eddie & me

me & kak BB

Syara & Eddie

Tiup kasi pecah!!!

takin' back my love~ eh~!!? takin' picture~ hehe~


END~