BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, May 25, 2009

Kereta bapak aku kena 'cium'!

Salam semua,

Nak cerita la pasal semalam...
Hui~ aku hangin tul...
Semalam pukul 5.30petang, kereta bapak aku kena 'cium' dengan kereta Waja dari belakang.
Kemalangan berlaku dekat kawasan Shahbandar (Sg.Chat).

Masa tu nak pergi fetch mama dari tempat kerja dia...
Benda da nak jadi kan~
Trafik tengah tunjuk isyarat lampu kuning standby la nak berhenti, dah berhenti agak jauh jugak dari kereta depan,sekali~~ GEDEGANG!!!!!!

Aku tersentap kedepan dashboard! First aku ingatkan kereta enjin kereta bapak aku mati! Sekali aku toleh je belakang,bumper kereta yang 'cium' kereta bapak aku tu da jatuh ke bawah.
Bapak aku keluar kereta,aku pun keluar,bapak aku da pergi belakang kereta dulu,aku pergi depan kereta.
Puk! aku ketuk kepala sendiri~ DAMN!!!!

AKU: Ayah! lampu depan pecah! bonet kemik! (aku jerit)
Ada pulak MAT REMPIT caplang nyamyuk dari seberang jalan~
MAT REMPIT CAPLANG: Alaaaa! sikit je kena tu! Bukan apa sangat!
Aku dengan temper nya terus sound!
AKU: LU AR BUTA MAT! Lu tak nampak per kereta gua da teruk kena rembat! VODOH~!!!!!
MAT REMPIT CAPLANG tu terus jalan! VANGGANG ye budak! (hahaha! aku tengah hot temper time tu~)

Kereta dekat depan yang kereta bapak aku 'cium' lak NISSAN X-TRAIL. Calar sikit la bontot kereta tu.
Bapak aku bagi signal suruh abang yang bawak X-TRAIL berhenti dekat Kompleks Islam Johor.
Kereta Waja tu pun ikut sekali!
Settlekan la~

Semua berhenti dekat Kompleks Islam Johor

Lampu side kiri pecah,bonet kemek sikit~

lampu yang hancur~

X-TRAIL yang calar (baru cat tu!)

Kan dah tertanggal! 'cium' la lagi!

kan da ronggak!


Yang langgar kereta bapak aku tu orang India.
Bapak aku perasan dia ni bawak kereta speeding gila dari Danga Bay!

AYAH: Yang awak pergi speeding laju apahal! nak kerja apa?!
MAT INDIA: Brek tak makan la abang...
AYAH: Tengok sekarang! apa da jadi! (tangan tunjuk kat semua kereta)


Mat India ni janji nak bayar balik ganti rugi.
Kereta bapak aku,kereta abang X-TRAIL tu, kereta MAT INDIA tu semua kena masuk 'klinik'
Abang yang bawak X-TRAIL tu pun agak ralat gak la sebab dia baru cat kereta dia..

Da habis berbincang apa semua,aku cakap kat bapak aku kereta letak kat Zoo je,pinjam kereta Ayiet (cousin aku), balik rumah jap, malam pulangkan kereta,aku follow dari belakang (naik BABY).

On the way nak letak kereta kat zoo,
AYAH: Nasib baik bawak kereta ayah,kalau bawak kereta Irra macam mane~?
AKU: Hmmm~ kalau kereta Irra yang kena 'cium' macam kereta ni, mintak baru terus! tak dulik da! Tapi mesti nak sama yang macam kereta Irra gak! Tak nak satu pun yang miss! =P
AYAH: (geling kepala je~)
AKU: hehehe~!

Hari ni kereta bapak aku masuk bengkel.
Tak tau aku berapa banyak duit MAT INDIA ni terbang kan~

STI: Jangan la bawak kereta laju~ Menyusahkan diri sendiri dengan orang lain je!
Kan duit da terbang~!

Wednesday, May 20, 2009

Demam~



Salam semua...

Nasib Irra tak baik la hari ni...
Dari hari Isnin sampai lani tak baik demam lagi... (Jarang sebenarnya kena demam~)

Hadui....Bukan sengaja nak mengeluh~ tapi penat jugak badan ni bila sakit ek~

Irra rasa demam yang Irra kena sekarang ni demam selsema (bukan Swine Flu ek! alaa Virus Influenza A (H1N1) tu~)

Ni Irra bagi penerangan tentang DEMAM SELSEMA yang Irra baca tadi kat web site JABATAN KESIHATAN NEGERI MELAKA.

Apakah itu demam selsema?
Kebanyakan orang pada peringkat tertentu kehidupannya akan mengalami demam selsema. Secara amnya semakin meningkat dewasa, semakin kurang kita mendapat jangkitan demam selsema. Demam selsema biasa terjadi di kawasan beriklim panas dan juga di kawasan yang lebih sejuk.
Demam selsema merupakan jangkitan virus pada lapisan dalam hidung, sinus, tekak dan saluran pernafasan bahagian atas. Antibiotik tidak dapat membunuh virus. Sistem pertahanan badan anda adalah senjata terbaik untuk melawan serangan virus ini. Virus demam selsema merebak sama ada melalui udara ketika anda bercakap, bersin, batuk atau bernafas atau melalui tangan. Jangkitan biasanya bermula apabila hidung mula berair dan selalu bersin iaitu 1-4 hari selepas mendapat jangkitan virus.

Apakah tanda-tanda dan gejala demam selsema?
• Tanda-tanda dan gejala demam selsema adalah mudah dicamkan, oleh itu selalunya diagnosis sendiri yang dilakukan pesakit adalah betul.
• Gejala demam selsema bermula 1-3 hari selepas jangkitan.
• Gejala-gejala yang paling biasa adalah seperti di bawah:
o Tekak yang kering atau sakit-mungkin mendahului gejala-gejala lain dalam masa sehari atau lebih.
o Hidung berair - hingus berair dan jernih kemudian ia mula pekat.
o Hidung tersumbat (penyumbatan rongga hidung). Bayi mungkin sukar untuk menghisap susu disebabkan hidungnya tersumbat.
o Bersin - merupakan usaha badan untuk melapangkan saluran rongga hidung.
o Batuk - mungkin kering atau mengeluarkan kahak.
o Suara parau - suara kasar dan parau kerana virus menyebabkan korda vokal (peti suara) membengkak.


Gejala-gejala yang lain
• Mata rasa kepanasan sedikit
• Hilang deria bau dan rasa.
• Terasa seperti sinus atau telinga penuh dengan tekanan.
• Demam.
• Sakit-sakit badan.

Purata jangka masa gejala demam selsema adalah 7 hari. Lebih kurang seperempat dari keseluruhan demam selsema dan gejala-gejalanya mungkin berterusan selama 2 minggu.
Bagi mereka yang merokok, kekerapan dan jangka masa batuk adalah lebih panjang.


Apakah komplikasi demam selsema?

Kadangkala demam selsema melarat menjadi sesuatu yang lebih serius, terutama apabila berlaku jangkitan bakteria lain (jangkitan yang bertindan) seperti:
• Jangkitan di bahagian telinga tengah (otitis media) - kerap berlaku pada kanak-kanak apabila jangkitan merebak dari rongga hidung ke telinga tengah.
• Sinusitis - jangkitan merebak hingga ke sinus.
• Pneumonia - jangkitan merebak melalui saluran udara hingga ke paru-paru.

Risiko
• Mereka yang mempunyai sistem pertahanan tubuh yang lemah berisiko tinggi mendapat demam selsema yang teruk (atau komplikasinya). Ini termasuklah mereka yang:
• Kekurangan zat makanan.
• Letih dan berasa tidak sihat
• Susah hati.
• Warga tua.
• Pesakit yang sistem pertahanan badannya ditekan seperti mereka yang sedang menjalani rawatan radioterapi.

Pencegahan
Di bawah ini disenaraikan beberapa petua yang boleh melindungi anda daripada mendapat demam selsema:
• Selalu membasuh tangan dengan bersih.
• Tutup mulut ketika batuk atau bersin.
• Mengelap hidung menggunakan tisu pakai buang dengan cermat supaya rembesan hingus akan terkandung dalam tisu dan tidak mengotorkan tangan.
• Elakkan menggosok mata dengan tangan yang kotor.
• Jangan menggigit kuku.

• Jauhi diri daripada orang yang menghidap demam selsema terutama apabila mereka batuk atau bersin.
• Jauhi tempat yang sesak dengan orang ramai.
• Makanlah makanan yang seimbang.
• Jangan biarkan diri anda kesejukan atau terlalu letih. Dapatkan rehat yang mencukupi.
• Kekalkan tahap hidrasi badan yang mencukupi dengan meminum 8 gelas air sehari.
• Jauhi daripada merokok - Perokok berkecenderungan mendapat demam selsema yang lebih teruk.
• Jauhkan diri daripada alkohol - alkohol mengurangkan keupayaan badan untuk menghapuskan virus selsema.

Pengurusan sendiri
Masa merupakan satu-satunya penawar demam selsema. Bagaimanapun, sesetengah perkara boleh dilakukan bagi membuatkan anda rasa lebih baik dan selesa. Di sini disenaraikan beberapa petua untuk melawan demam selsema:
• Berehat di katil. Kunci untuk memulihkan demam selsema ialah anda memerlukan tidur selama 12 jam atau lebih setiap malam ketika anda melawan penyakit ini.
• Duduk dalam persekitaran yang lembab dan panas tetapi bukan di dalam bilik yang terlampau panas. Ia boleh menggalakkan/melancarkan rembesan saluran pernafasan, dengan itu dapat membantu penyingkiran dan pembersihan lendir dan kahak oleh silia (rerambut dalam rongga pernafasan yang menolak bahan buangan).
• Mengehadkan aktiviti, terutama semasa penyakit sedang teruk. Ia dapat mengurangkan penyebaran virus kepada orang lain.
• Meminum banyak air. Minum banyak air iaitu lebih 8 gelas sehari untuk mengelakkan dehidrasi (kekontangan). Lendir akan mengalir dengan bebas dalam badan yang cukup cecair dan menolong anda mengelakkan jangkitan atau pulih daripadanya. Virus sukar menjangkiti tisu yang sihat dan lembab berbanding tisu yang kering.
• Berkumur-kumur dengan air garam yang suam. Untuk meredakan kegatalan dan sakit tekak.

Bila anda perlu menggunakan produk/ubat-ubatan yang boleh diperolehi di kedai?
• Ubat-ubatan yang digunakan bagi demam selsema adalah bertujuan untuk memperbaiki/melegakan gejala-gejala yang timbul sementara sistem pertahanan semula jadi badan diaktifkan untuk melawan jangkitan dan menyembuhkan penyakit. Jadi anda tidak memerlukan antibiotik yang sebenarnya tidak dapat membunuh virus.
• Jika anda melakukan rawatan sendiri - ketahuilah gejala-gejala yang anda rawat, jenis ubat yang digunakan dan bagaimana ia bertindak. Pegawai Farmasi boleh membantu anda memilih rawatan yang bersesuaian dengan gejala.
Dekongestan
• Hidung tersumbat adalah suatu masalah biasa yang merengsakan (mengganggu) semasa demam selsema. Tidak hairanlah, Dekongestan termasuk dalam sediaan ubat-ubatan demam selsema di pasaran.
• Ia dapat meredakan penyumbatan atau bengkak pada saluran hidung, dengan itu melancarkan pernafasan.
• Ia terdapat dalam bentuk krim sapu dan ubat makan.

Antitusif dan Ekspektoran
• Ubat batuk bertindak dengan menjadikan batuk anda lebih produktif iaitu mengeluarkan kahak atau dengan mengurangkan batuk yang kering dan menyakitkan.
• Untuk mengurangkan kekerapan batuk anda buat sementara waktu, anda boleh memakan ubat penahan batuk. Ubat-ubatan ini yang juga dikenali sebagai antitusif (penahan batuk) bertindak terus ke atas pusat batuk di dalam otak.
• Ekspektoran adalah sejenis ubat batuk yang mengandungi Guaifenesin, iaitu bahan yang bertindak melancarkan perjalanan lendir di dalam saluran pernafasan. Hasilnya Ekspektoran dapat menolong melapangkan saluran pernafasan dari bahan-bahan yang mengganggu.

Antihistamina
• Agen-agen Antihistamina ini dapat melegakan gejala-gejala seperti bersin, hidung dan mata berair yang biasa dikaitkan dengan demam selsema.
• Ia dapat mengurangkan perembesan lendir dan membantu penghidap demam selsema berehat.

Analgesik/antipiretik
• Sakit otot, sakit kepala dan demam yang kadangkala terjadi semasa demam selsema boleh dirawat dengan berkesan menggunakan ubat-ubatan yang dibeli di farmasi.
• Parasetamol ialah agen antipiretik yang berkesan dan digunakan dengan meluas.
• Aspirin sepatutnya tidak digunakan untuk merawat penyakit demam di kalangan kanak-kanak atau remaja. Ini kerana aspirin dikaitkan dengan risiko mendapat penyakit Sindrom Reye.
• Sindrom Reye ialah penyakit yang serius, tetapi sangat jarang berlaku. Ia lazimnya terjadi di kalangan kanak-kanak yang berumur di antara 3-12 tahun. Ia boleh menjejaskan semua organ badan, tetapi selalunya mencederakan otak dan hati.

Vitamin C
Vitamin C mungkin dapat mengurangkan jangka masa atau keterukan gejala-gejala yang berlaku, tetapi tiada bukti yang jelas mengenainya.
Berjumpalah doktor sekiranya....
Demam selsema biasa yang anda hidapi tidak berkurangan selepas seminggu atau anda mempunyai gejala-gejala berikut:
• Selsema dengan demam 380 0C atau lebih tinggi yang berpanjangan lebih dari 2-3 hari.
• Sakit kepala yang teruk atau sakit di bahagian muka.
• Penyumbatan hidung yang mengakibatkan sukar bernafas.
• Berbunyi ronkus ketika bernafas (nafas bunyi berdesit).
• Batuk yang teruk.
• Sakit telinga.

• Kahak berwarna kekuningan, kehijauan atau merah karat.

STI: Cepat la sembuh~ (doa untuk diri sendiri~)

Sunday, May 17, 2009

Lokasi Terapi Percuma Alpha One

Salam~

Ok guys~

Hari ni Irra bagi tau kat mana lokasi TERAPI PERCUMA ni yang u all semua boleh pergi mengikut negeri masing².

KLANG VALLEY CENTER

Puchong Indah Center

No.17,Jalan Puchong Indah 3/2,

Taman Puchong Indah, 47100 Puchong.

Bangi Center:

No.6,Jalan 4/18,Seksyen 4,

43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Subang Perdana Center:

30E,Jalan Dinar FU 3/F, Seksyen U3,

40150 Shah Alam,Selangor.

Shah Alam Center:

No.10,Jalan Cendana 3/138,

Seksyen 3.40000 Shah Alam.

Cheras Perdana Center:

5,Lorong CP 4/36A,

Taman Cheras Perdana43200 Cheras.

Gombak Center:

No.2,Jalan GJ2,Taman Gombak Batu 6,

Gombak,53100 Kuala Lumpur.

Sungai Buloh Center:

Lot 2055,Jalan 3/2, Bandar Baru Sungai Buloh

4100 Sungai Buloh.

Taman Melawati Center:

No. 285, JAlan Bandar 11,Taman Melawati,

53100 Kuala Lumpur.

Klang Meru Center:

No.22, Jalan Jelutong 1A/KU 8,

Jalan Kenangan, Pekan meru, 41050 Klang.

Klang Center:

No.216,3/4 Portion, Jalan Sungai Bertek,

Telok Pulai,4100 Klang Selangor.

JOHOR

Johor Bahru Center:

No.12, Susur Larkin Perdana 2,

Larkin Perdana,80350 Johor Bahru.

Muar Center:

43,Jalan Pesta 1-2,

Taman Tun Dr.Ismail (1), Jalan Bakri,

84000 Muar,Johor.

PERAK

Sitiawan Center:

No 91,Pusat Perniagaan

Sri Manjung, 32000 Sitiawan, Perak.

PAHANG

Temerloh Center:

F 18,Jalan Tan Sri Yahya,

28000 Temerloh, Pahang.

TERENGGANU

Kuala Terengganu Center:

No.6,Lot 258288, Taman Sri Noor,

Jalan Gong Badak,Terengganu.

Dungun Center:

Lot 765,1A,Wisma Hj Abdul Wahab,

Jalan Paka,Batu 49,

23000 Dungun,Terengganu.

NEGERI SEMBILAN

Bahau Center:

No 126,Tingkat Bawah, Jalan Kiara 1,

Pusat Perniagaan Kiara,

72100 Bahau,Negeri Sembilan.

STI: Pergi beramai-ramai tau~!!! Free aje!!

Saturday, May 16, 2009

Rawatan Terapi Percuma Daripada ALPHA ONE

Salam semua~

Hari ni Irra nak kongsi cerita yang agak menarik~

Cerita apa?

Cerita mengenai TERAPI PERCUMA. Irra ulang sekali lagi. PERCUMA!!!!

Rawatan secara Elektrik Statik karen.

Diberi percuma oleh Syarikat Alpha One healthcare center.

Apsal percuma?

Ok meh sini baca fakta yang di berikan:

Alpha one ditubuhkan setelah faedah yang telah terbukti berkesan dgn penggunaan Terapi Medan Elektrik ke atas seorg pengurus syarikat Alpha One Marketing(M) Sdn . Bhd, Encik Yoe yang menghidap penyakit jantung yang lemah berjaya pulih dari penyakitnya.Beliau menyedari bahawa kos rawatan sebegini amat tinggi dan sudah pasti tidak ramai yg boleh menikmatinya.
Disebabkan keikhlasan hatinya untuk membantu rakyat Malaysia untuk mendapatkan rawatan yang berkesan maka tertubuhlah syarikat Alpha One ini.

Syarikat ini memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menjalani rawatan ini secara percuma .Pusat-pusat terapi ini dibuka pada hari Isnin-Jumaat dari pukul 10 pagi -7 petang di negeri-negeri terpilih pada setiap tahun.

Ringkasan Pengenalan:

Product Bios9000 adalah dari Syarikat I.T.O Jepun yang sudah beroperasi selama 23 tahun. Di Malaysia sekarang peringkat promosi secara percuma.

Tujuan utama: Mencuci saluran darah, mengembalikan fungsi saraf tak terkawal.

Cara rawatan:
Sebanyak 9000v elektrik statik dimasukkan ke badan yang berupaya menggetarkan saluran darah 60 kali sesaat. Getaran ini akan menyebabkan sesampah yang melekat disekeliling dinding saluran darah terhakis sedikit demi sedikit. Masa rawatan sekurang-kurangnya 20-30 minit sekali.

Pantang:
1. Wanita Hamil
2. Pengidap Cancer
3. Pengguna Bateri Jantung.

Waktu Rawatan:
Isnin-Jumaat,
9.30 pg. hingga 2.00ptg.
3.00ptg. hingga 7.ptg.

Inilah mesin BIOS 9000

Semua sedang menjalani terapi

Abg Adham sedang memberi penerangan


Salah satu Pusat Alpha One yang Irra pergi (Larkin Perdana)

Ruang menunggu

Yang kat bawah ni pulak staff² Alpha One yang dekat Larkin Perdana:


Adham,Eika,Fafa


Finie & Zam (Yang dia orang ni tak dapat nak ambil gambar,malu la kononkan~)

Dia orang semua sporting~ Suka buat ahli terapi gelak sakan~

Sesiapa yang ada High cholestrol digalakkan pergi ya~~~!!!!

Yang sakit lagi la digalakkan.

Ingat! Ini adalah salah satu alternatif dan kos rawatan kat Pusat Alpha One ni adalah PERCUMA!!!!

Hanya perlu luangkan masa 20-30 minit sahaja!!!

Jom datang ke pusat yang sedia ada!!! Datang ajak satu bandar pun bagus!!!

STI:Da dekat seminggu jugak pergi. Alhamdulillah,nampak kesannya.

(Irra susah nak tidur,sekarang da senang nak tidur. hehehe!)

Saturday, May 9, 2009

Harum Rambutku~

Salam semua...

lama kan tak update blog...

Sorry~~~~ busy~~~ ngeee!

Nak kongsi cerita sikit~

Semalam aku dok shopping sakan kat JUSCO BUKIT INDAH...

Aku tak tau pulak time aku merayau kat Jusco tu tengah Jusco Day...

Macam² barang tengah offer...

50% ti 70%...

Aku ape lagi terus la memborong~ 


hehehe! (aku merayap sensorang pulak tu~) 

window shopping la sekali...

Aku banyak beli seluar dengan baju training je...

Kebetulan lalu kat SASA,aku pun meyinggah~

Beli ape?

ni hah!


click to enlarge

Hair cologne ni ada 3 bau... Produk dari Japan...

Harga boleh tahan la~

Ada: 

  • Paradise Fruity (Cassis and Cranberry)
  • Innocent Floral (White Flower) 
  • Shiny Peach (Peach and Soap Bubble)

Tiga² bau ni best~!

Spray kat rambut,bau segar je...

Nak bau?

Pergi la kaunter SASA ok~

STI:aku beli yang SHINY PEACH...segar je bau peach die~ buat aku happy bila bau..

siap lompat² lagi~

Monday, May 4, 2009

The 10 Golden Rules of Dieting

No matter which healthy meal plan you choose, there are some golden rules that everybody needs to follow to drop those extra pounds and keep them off for good. If you are finally ready to make yo-yo dieting a thing of the past, adopt this list of tips as your personal 10 commandments:

Make a Lifestyle Change
Contrary to what you might think, dieting is not a temporary solution. If you only diet to lose weight, those extra pounds will return as soon as you go back to your old eating patterns.

"The primary definition of the word 'diet' is what you usually eat," nutritionist Susan Burke says. "If you usually eat nutritious foods in the right portion size for you to stay at your desired weight, then you're on the right diet for you."

Exercise
If you want to lose weight, you have to get moving. Regular exercise is an essential part of any healthy lifestyle aerobic exercise and resistance training. If it has been a while since you last exerted yourself, you may want to work with a personal trainer. Also, remember to consult your personal physician before beginning any new exercise program.


Drink Plenty Of Water
Although you get water from foods and other fluids, experts recommend drinking at least eight glasses (8 ounces each) of water every single day. You should also be sure to drink water before, during and after each exercise session so you don't get dehydrated.

"Cool, clear water helps keep you regular, is good for your complexion and takes the edge off your appetite," Burke says. "Keep a half-liter bottle at your desk and one in the refrigerator."


Monitor Your Portion Sizes
Don't let yourself become the next victim of portion distortion. Remember that bigger is not always better, especially when it comes to the amount of food on your plate. Even healthful foods can provide excess calories if you eat too much of them. Learn how much food is right for you and don't feel the need to clean your plate every time you eat out. Don't be afraid to ask for a doggie bag.

"Your eDiets meal plan shows you the portion sizes that are right for you," Burke says. "For example, a 3-ounce portion of meat, chicken or fish looks like a deck of cards; a cup of cottage cheese or yogurt looks like a tennis ball; an ounce of cheese looks like a pair of dice; and a tablespoon of fat looks like the tip of your thumb."


Keep a Food Journal
When you are trying to lose weight, a food journal can be an invaluable resource. It is important to keep track of everything you eat so that you learn to avoid mindless eating in the future.

"Keeping a journal is one way to stop the vicious cycle of overeating and over-gaining," psychologist Susan Mendelsohn says. The act of writing in and of itself, will prevent you from grabbing for the goodies in the kitchen, office or convenience store."


Don't Skip Meals
Some people think they will be able to lose weight faster if they skip meals, but this isn't the case. Eating regular meals is an important way to keep your metabolism regular. In fact, you may even want to divide your meals into smaller portions and eat more often throughout the day.

"If you're not succeeding on your weight-loss plan this week, try breaking your meals into mini-meals and eat every 2-3 hours to maintain your energy and to avoid hunger," Burke says.


Lose the Junk Food
The best way to avoid the temptation to eat junk food is to go through your cupboards and do some cleaning. Get the junk food out of your house. Also, when you have a dinner party, send your friends home with the leftovers.

"If you're used to snacking on chips and dips, you need to prepare to succeed with some new and tasty snacks," Burke says. "Sugar-free Fudgesicles, ice milk and frozen fruit bars are good choices instead of full-fat ice cream. If you're wedded to chips and dips, try baby carrots and cut-up veggies with salsa instead. Make a tasty but healthy dip by mixing a cup of half nonfat yogurt/half low-fat sour cream and onion soup mix."


Modify Your Favorite Recipes
Following a healthy lifestyle doesn't mean you will never be able to enjoy your favorite foods again. If you adopt an attitude of deprivation, it is unlikely that you will stick to your diet. Instead of depriving yourself, give your favorite recipes a healthy makeover.

"Frying adds fat to food, which adds calories," Burke says. "Some favorite fried foods can be baked instead. Chicken and French fries are two favorite fried foods that are better when made in the oven than on the stove."


Manage Your Stress
Though a certain amount of stress is normal, too much stress can be unhealthy for your body. Anxiety and tension also commonly drive people to skip meals, eat the wrong kinds of foods or snack compulsively. Finding >healthy ways to manage your stress will make it easier to adopt a healthy lifestyle.

"Life is tough, and most of us lack certain coping tools," says psychologist Matthew Anderson. "We then are driven to food as a comfort and denial mechanism."



Develop A Support Network
The road to healthier living doesn't have to be a lonely one. If you are trying to drop those extra pounds and keep them off, your best bet is to follow the advice of the Beatles and "get by with a little help from your friends."

Research continues to demonstrate that support is one of the most critical ingredients in achieving successful weight loss. People are more likely to reach their weight-loss goals with the help of a support network. Members of a group can also be more successful together than any of them would have been on their own.

SOURCE:eDiet

Saturday, May 2, 2009

10 Faktor Memilih Pasangan

Salam semua....
Maaf lama tak update blog Irra~
Sejak kebelakangan ni agak sibuk...
ok la...
Hari ni Irra da kongsi sedikit tips yang memang ada kat blog lama Irra.

Hari ni punya topik agak lari dari topik yang biasa Irra kongsikan.

Irra pun bukan la perfect,ini sekadar nak berkongsi sahaja~

Sila la baca dan fahami~

Kebanyakan daripada rumah tangga runtuh yang bermasalah sejak hari pertama tak lain tak bukan adalah kerana kedua-dua orang yang terlibat tersalah pilih pasangan, itu sahaja. Pilihan pasangan hidup anda adalah lebih penting dari apa jua yang anda lakukan untuk membahagiakan rumah tangga anda. Itu mungkin bunyinya seperti mudah sahaja dilakukan, tetapi anda akan terkejut dengan peratusan tinggi orang yang tidak sabar sabar melangsungkan perkahwinan sehingga mereka tidak menumpukan masa dan usaha yang diperlukan untuk membuat keputusan yang baik. Jika anda ingin memastikan perkahwinan yang memuaskan dan berkekalan, timbangkan factor-faktor berikut :


1. TEMPOH MASA PERKENALAN.

Kajian menunjukkan bahawa pasangan yang telah berkenalan selama dua tahun atau lebih kesemuanya lebih berpuas hati dengan perkahwinan berbanding pasangan yang berkenalan dalam jangka masa yang lebih pendek. Apabila pasangan bersedia mengambil keputusan yang melibatkan perkahwinan selepas hanya berkenalan selama beberapa bulan, keputusan itu kebanyakannya lebih berdasarkan khayalan dan kurang berdasarkan hakikat .


2. MEMILIH PASANGAN SENDIRI

Orang sering memilih pasanagn semata mata untuk menggembirakan orang lain ayah , ibu atau kerana orang menyuruh mereka berkahwin. Tetapi amat penting agar orang yang hendak kahwin itu sendiri gembira denagn pilihannya. Keputusan anda hendaklah dibuat berasaskan keperluan dan impian anda sendiri. Anda juga patut mendengar pendapat sahabat handai dan kaum keluarga dengan teliti, tapi jangan sampai biarkan orang lain memilih pasangan hidup anda.


3. HARAPAN YANG TIDAK WAJAR TENTANG PERKAHWINAN

Kebanyakan rumah tangga gagal kerana tidak mendapat apa yang mereka impikan sebelum berkahwin. Ramai lelaki dan wanita memasuki alam perkahwinan dengan sangkaan bahawa pasangan mereka akan memenuhi semua keperluan mereka dan bahawa perasaan romantik mereka semasa bercinta akan kekal abadi. Sebenarnya rumah tangga yang bahagia memerlukan begitu banyak usaha, kesabaran dan ketabahan.


4. MASALAH KEPERIBADIAN DAN TINGKAH LAKU

Keperibadian dan tingkah laku tidak akan hilang apabila anda berkahwin. Jika terdapat cirri-ciri keperibadian dan tingkah laku pasangan anda yang menimbulkan persoalan, seperti cemburu, panas baran, tidak bertanggungjawab, tidak jujur dan degil. Tanya diri sendiri sama anda sanggup untuk menghabiskan masa anda sehingga ke akhir hayat untuk menangani masalah ini. Nyata sekali , jika pasangan yang dalam pertimbangan itu menghadapi masalah dadah, kaki botol dan sebagainya , anda sepatutnya memastikan masalah itu telah diselesaikan jauh lebih awal sebelum perkahwinan anda.


5. BANYAK PENGALAMAN HIDUP

Pemilihan pasangan hidup melibatkan ramalan tentang bagaimana anda berdua akan hidup bersama sepanjang tahun tahun akan datang. Pengalaman disini bukan bermaksud usia .Pengalaman yang dilalui tidak bergantung dengan usia seseorang. Pengalaman lelaki dan wanita mengharungi susah senang bersama amat bermakna dalam perhubungan. Jika boleh lalui waktu waktu susah dan senang bersama pasangan anda. Ambil contoh yang mudah saja ,misalnya melalui lalu lintas yang sesak, jalan jalan kampung yang becak . Dari situ , dia akan menunjukkan siapa dirinya yang sebenarnya.


6. BAYANGAN ORANG YANG INGIN ANDA KAHWINI

Bayangan ini tidak anda sedari pada umumnya , namun ia amat mempengaruhi anda. Bayangkan dengan jelas sifat-sifat orang yang ingin anda kahwini. Fikirlah dengan panjang dan mendalam tentang faktor - penampilan, kepintaran, pendidikan , kerohanian dan sebagainya. Pemikiran bawah sedar anda boleh menghantui sesuatu hubungan . Berpeganglah pada bayangan anda ini, jika tidak anda akan menginginkan orang lain buat selamanya.


7. PASANGAN YANG BERSIFAT SEAKAN AKAN DIRI ANDA

Pasangan yang mempunyai terlalu banyak perbezaan sifat nya , akan memerlukan usaha yang lebih untuk memastikan rumahtangga yang dibina kekal bahagia. Lebih banyak memerlukan toleransi dan pemahaman. Tak ramai pasangan mampu bertindak sebegini.


8. MEMPUNYAI CITA CITA YANG SEIRING

Jika orang yang anda kahwini bercita cita jauh lebih rendah atau lebih tinggi daripada anda, mungkin anda berdua akan kecewa. Masalah akan timbul jika anda berusaha mendaki puncak kejayaan tetapi pasangan anda telah berpuas hati dengan apa yang telah anda berdua miliki. Perbezaan sifat mungkin menarik hati ketika sedang melamar , tetapi ia akan menyebabkan banyak kekecewaan sepanjang perkahwinan.


9. KEBOLEHAN BERKOMUNIKASI

Kebolehan berkomunikasi sangat penting demi kebahagian rumah tangga. Kesejahteraan perkahwinan bergantung kepada tahap komunikasi suami isteri. Adalah penting kedua dua pasangan menguasai kemahiran bertutur dan mendengar. Banyak rumah tangga hancur kerana masing masing tidak pandai menyatakan hasrat masing-masing dengan cara yang boleh diterima oleh pasangannya. Hasrat dipendam tanpa komunikasi berkesan.


10. KEBOLEHAN MENYELESAIKAN PERTELINGKAHAN

Pasangan perlu tahu yang mereka berkemampuan untuk menyelesaikan pertelingkahan sebelum mereka berkahwin. Jika pasangan tidak tahu cara yang berkesan untuk menangani perselisihan pendapat antara mereka, Rumah tangga mungkin akan runtuh. Banyak rumah tangga runtuh kerana suami isteri tidak tahu menangani perbezaan diri mereka berbanding sebab sebab lain. Amat perlu menilai kemahiran perdamaian masing masing sebelum berkahwin.

P/S : NO. 1 Tak tahu kajian dilakukan dimana. Rasanya tak semua perkenalan jangka pendek gagal dan perkenalan jangka panjang berjaya . Kemungkinan perkenalan jangka panjang lebih banyak berjaya disebabkan peratusan berkahwinan berdasarkan perkenalan jangka panjang lebih tinggi berbanding jangka pendek. Tapi kan saya rasa, perkenalan jangka pendek boleh juga berjaya , asal saja pasangan tersebut sedia menghadapi segala risikonya, dan redha . Mana mungkin kita boleh mengenali orang sepenuhnya hanya dalam masa beberapa bulan. Boleh saja tempoh perkenalan tersebut dilanjutkan sehingga selepas berkahwin. Emm apa- aperpun kita hendaklah bersedia menghadapi segala kekurangan dan kelebihannya. Sya rasa, kebanyakan pasangan dahulu kala banyak yang berjaya, bukan la disebabkan mereka serasi atau pasangan yang ideal tetapi kerana mereka telah masing masing redha diatas kelebihan dan kekurangan masing masing walaupun mengetahuinya hanya selepas berkahwin dan bersyukur seadanya.