BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, January 31, 2010

Photo of the day~

Tadi bukak myspace,saja dok belek photo album...
klik kat tagged...
ternampak gambar yang kat bawah ni...
mengingatkan aku pada Arwah Danial..
Al-Fatihah~



(tempat kami selalu lepak, KOPITIAM STATION)

AKAK SAYANG ADIK~

Al-Fatihah~

R.I.P.


STI: Sedekahkan Al-Fatihah pada Arwah~

Apa yang bermain dalam fikiran minggu ini~

Salam semua...

Dalam minggu aku gak venggong jap la...

Padahal da cuti lama tu~ AIM Smileys



Macam² benda ada dalam awang-awangan otak aku ni~

- Dua minggu sebelumnya aku kemalangan..
- Imej aku terus bertukar..
- FOBIA drive...
- I WANT MY BODY BACK (muscle semua da lembik balik~ hampir HILANG!)..
- Bila cuti otak da 'BEKU'!!!
- Bosan takde kerja..
- DYMM Sultan Johor Mangkat..
- Berkabung..
- Kepala ting tong! (kesan daripada kemalangan [kepala terhantuk kuat kat cermin])
- ADAM LAMBERT songs~
- etc~


Kadang² tu bosan gak dengan hidup aku...
(memang la kena bersyukur dengan apa yang Tuhan bagi..aku tau~ cuma kadang² bosan~)

CINTA?
complicated!!! Sad Smileys


~END~

favorite part lyrics (ADAM LAMBERT -Aftermath-)


" Wanna scream out
No more hiding
Don't be afraid of what's inside
Gonna tell ya you'll be alright
In the Aftermath
Anytime anybody pulls you down
Anytime anybody says you're not allowed
Just remember you are not alone
In the Aftermath.. "

STI: Cuba hilang segala trauma yang ada dalam diri~

Monday, January 25, 2010

Cara dan peraturan pakaian semasa berkabung

Salam...

Pagi-pagi sampai pejabat dah kecoh pasal nak pakai kain hitam ataupun putih untuk berkabung...

Habis je sarapan, aku pun terus mencari info cara pemakaian semasa berkabung supaya tak timbul salah faham..

Sumber diperolehi dari carigold.com


Bendera negeri dikibarkan separuh tiang bermula jam 6 pagi hingga 6 petang selama tujuh hari bermula dari tarikh pemakaman baginda.

Peraturan berkabung seperti digariskan kerajaan negeri ialah lelaki Melayu dikehendaki memakai tanda lilit putih selebar dua inci pada songkok hitam.


Katanya, bagi rakyat bukan Melayu, satu lilitan kain hitam selebar tiga inci dipakai di lengan kiri bersama tali leher hitam dan bagi pasukan beruniform, lilitan kain hitam selebar tiga inci perlu dipakai di lengan kiri.


Menurutnya, bagi wanita Melayu, mereka dikehendaki memakai tudung putih, manakala perempuan bukan Melayu memakai lilitan kain hitam selebar tiga inci pada lengan kiri.


Bagi menghadiri upacara pemakaman pula, orang ramai perlu memakai kain putih selebar dua inci pada songkok hitam dan berbaju Melayu Teluk Belanga hitam bagi lelaki Melayu manakala orang bukan Melayu pula dikehendaki memakai sut hitam bersama tali leher hitam selain kain lilit hitam selebar tiga inci dipakai di lengan kiri.

Bangunan kerajaan juga diarahkan mengibarkan bendera separuh tiang bagi tempoh sama manakala semua bentuk hiburan baik waktu siang, mahupun malam hari pemakaman diarah dibatalkan.

Abdul Ghani yang baru pulang dari mengikuti lawatan Perdana Menteri di India, berkata semua masjid dan surau dikehendaki mengadakan majlis tahlil selama tujuh hari se lepas istiadat pemakaman jenazah.

"Tempoh berkabung bagi kerabat Diraja ialah 40 hari manakala rakyat biasa selama tujuh hari," katanya.


So,lepas ni jangan ada timbil salah faham lagi.

STI: Beri lah penghormatan~


Sunday, January 24, 2010

I'm back~!!!

Salam semua....

Lama sudah tak meng'updated' blog ni...

Hampir 2 bulan jugak tak menjenguk blog ni....

Terlalu banyak perkara baik mahu pun buruk berlaku kat aku dan kawan² aku pada tahun 2009...

Tahun 2010 ni pun banyak benda yang tak diingini berlaku...~ 


~sigh~


Perkara tahun lepas (2009) aku kena lupakan~

Bila da bukak buku baru untuk tahun baru ni pulak (2010) ada benda buruk pulak berlaku~ 

20 Januari 2010

tarikh yang aku takkan lupakan sampai bila²...

Aku accident....

Viva bertemu Viva...

no comment~


Kejadian berlaku dekat dengan office aku gak...

Sebenarnya seminggu sebelum kejadian berlaku aku ada rasa tak sedap hati...

Tapi aku diam kan je..

Tapi sekarang benda jadi..

Takdir Tuhan kan~

Redha je...

Sekarang aku masih trauma nak bawak kereta...

Lalu simpang jalan lagi aku trauma~....


Ya Allah~ berikan aku semangat untuk terus mengharungi dugaan-Mu~


STI: Lemah semangat sekarang~