BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, May 3, 2010

Maggi Goreng Mamak IRRALISHAH style! [",]

Salam,
sekarang ni kalau u all semua perasan,dalam blog Irra ni asyik resepi je yang Irra kongsi ek...
hehe!
bukan ape~
saje nak berkongsi...
Ni nak cerita,minggu lepas Irra terjatuh dari toilet..
(Siku belah kanan ni da macam ade dua siku,bengkak tu!)
Irra jatuh hari Jumaat (malam Sabtu).
Toilet licin,selama ni tak pernah pun jatuh. Tergelincir.
Jatuh TERLENTANG tu!
Nasib baik la takde apa-apa yang patah (cuma bengkak je la right forearm dengan paha belah kanan~).
Ayah yang urut kan forearm Irra ni, guna minyak BUT-BUT.

Alhamdulillah,sekarang da surut bengkak nye, (nasib kena kat aku,kalau mama yang jatuh,MAMPUS! nak kena ubahsuai kot bilik air tu~)

Macam Sabtu lepas (1 Mei 2010) tekak ni teringin nak makan maggi...
haha!

Jom kita kongsi resepi!



Bahan-bahan:

* Maggi kering 4 keping
* Udang basah (kulit dibuang)
* Kacang panjang (potong menyerong)
* bawang putih (cincang)
* bawang merah (mayang)
* cili hijau
* tomato
* telur
* sos cili
* sos tomato
* kicap pekat
* serbuk kari ikan
* serbuk perasa (pasti sedap!)
* minyak untuk menumis

Cara-cara:

- Celur dulu maggi. (jangan lama sangat, nanti kembang)
- Panaskan minyak,tumis bawang merah,bawang putih.
- Masuk kan telur, kacau.
- Masukkan udang basah,kacau.
- Masukkan sos cili,sos tomato,kicap pekat.
- Masukkan serbuk kari ikan, serbuk perasa,kacang panjang. Kacau sebati.
- Masuk kan sedikit air (jangan banyak sangat letak air,nanti jadi maggi goreng basah~)
- Masukkan maggi. Gaul sebati.
- Hidangkan ketika panas.

Irra makan sambil tengok channel 703 AFC (ASTRO).
Muahaha! lagi banyak la benda yang Irra nak cuba lepas ni~
Masak je~
Sedap tak sedap tolak tepi..
hehe!

SELAMAT MENCUBA!

STI: Cuba la resepi tak seberapa ni~

2 comments:

ARC™ said...

dulu irra rajin bersukan skang memasak yeee
dah nak kahwin eh hhahahhahaha

irra said...

haha! adduuuhh~ tak la...kena seimbang~