Merebus
- Gunakan air dalam kuantiti yang tidak terlalu banyak supaya vitamin dan khasiatnya tidak hilang.
- Apabila anda merebus sayuran, ada baiknya anda merebus setengah masak supaya ia tidak layu dan khasiatnya tidak hilang. Merebus daging memerlukan anda untuk memastikan ia benar-benar masak bagi mengelakkan bakteria atau kuman.
- Mereus telur terlalu lama akan menyebabkan tekstur telur berubah dan kuning telur akan menjadi hitam.
Memanggang / Membakar
- Daging harus direbus terlebih dahulu sebelum dipanggang bagi mempercepatkan proses memasak.
- Hiris daging nipis-nipis atau buatkan fillet supaya lebih cepat masak.
- Ayam atau daging yang hendak dipanggnag atau dibakar haruslah direndam terlebih dahulu dengan bawang putih, bawang besar, lada dan cuka.
- Bungkuskan makanan dalam kertas timah supaya tidak terkena asap.
- Elakkan meletak makanan yang hendak dipanggang di atas arang yang baru menyala dan berasap. Tunggu sehingga arang menjadi kemerah-merahan atau menjadi bara.
- Bagi memastikan makanan masak rata, alihkan kedudukan makanan secara kerap.
- Gunakan alat pemanggang elektronik berbanding alat tradisional. Sekiranya anda masih mahu menggunakan alat tradisional, pilih pemanggang yang mempunyai redai dan jauh daripada arang atau bara.
Mengoreng
- Pastikan minyak betul-betul panas supaya makanan yang digoreng tidak menyerap terlalu banyak minyak.
- Jaga suhu minyak supaya tidak terlalu panas. Minyak akan menjadi betul-betul panas sekiranya ia mula mengeluarkan asap. Sekiranya makan yang digoreng ketika suhu minyak panas, maka ia kehilangan protein.
0 comments:
Post a Comment