BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, December 13, 2008

CAPOEIRA

Ok guys~!

Kalau hari Jumaat hari tu Irra dok kongsi pasal silat, kali ni plak irra nak kongsi pasal Capoeira (ade name aku plak ek kat belakang tu tu...perasan~!!Hello Kitty Smileys).


Photobucket

Capoeira merupakan sejenis silat yang diperkembangkan oleh abdi Brazil semasa zaman jajahan. Silat ini berkait rapat dengan paranawe, sejenis tarian tradisional di negara tersebut.

Silat ini dicirikan oleh pergerakan yang cekap serta rumit, dan selalunya dilaksanakan dengan melekapkan badan atas lantai ataupun berdiri terbalik. Capoeira sentiasa dimain dengan muzik dan terdiri daripada dua gaya yang utama:

  • Angola: dicirikan oleh pergerakan yang lambat dan menumpukan kepada upacara amal serta tradisi capoeira.
  • Regional (disebut heh-jeeh-oh-nahl): dicirikan oleh pergerakan akrobat dengan penumpuan kepada teknik dan strategi.

Kedua-dua gaya ditandakan dengan penggunaan helah dan pergerakan berpura-pura serta gerak kaki yang meluas seperti ayunan, tendangan dan sondolan.

Keasalan perkataan capoeira telah dipertikaikan. Ada yang mengatakan perkataan ini merujuk kepada kawasan hutan yang telah dipugar. Bagaimanapun, cendekiawan Afro-Brazil, Carios Engenio, percaya bahawa perkataan ini merujuk kepada capa, sejenis bakul besar dan bulat yang dijunjung oleh abdi bandar yang menjual barang-barang. Menurut beliau, capoeira merujuk kepada orang yang menjunjung capa. Sebaliknya, K. Kia Bunseki Fu-Kiau, seorang cendekiawan Kongo, menggangap bahawa capoeira merupakan kecacatan perkataan kipura dalam bahasa Kikongo yang membawa maksud "mengepak-ngepak, bergerak pantas dari tempat ke tempat, bergelut ataupun bertumbuk". Khususnya, istilah ini digunakan untuk memerikan pergerakan ayam jantan dalam pertempuran.



3 comments:

ARC said...

best2...


salam melawat juge..thnx 4 visiting my blog
sorry lambat respond ade exam aritu

NUR AZAH BT YUSOF said...

slm ziarah jge..
huhu..
syukrn yer view my blog..
have a nice day^^

Danial said...

Masa sek menengah dulu minat dengan capoeira, kalau ada adegan-adegan filem pasal ni memang tak lepas tengok nyer.

Pergerakan nya memang cantik, ala dancing gitu, tau tau je kaki dah melibas tinggi kat muka!

lagi pun masa tu sy masuk Club Tae-Kwon-Do kat sekolah. memang seronok kalau masuk seni mempertahankan diri ni.

Kalau citer bruce Lee tu memang tak tinggal. Memang tak lepas punyer. Jeet-kune-do tu pun dia yang cipta pergerakannya.

Sesekali bila jogging, ternampak juga uncle-uncle kat Hutan bandar Mutiara Rini tu praktis Kung Fu. Rupa-rupanya bila g dekat rupa-rupanya Tai- Chi daa..