BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, December 29, 2008

Tulang Belakang

Nak share pasal Tulang Belakang pulak...

Tulang belakang kena jaga betul²~

Jom kita baca...

tulang belakang


PENGENALAN

Sakit belakang kerap dialami oleh kebanyakkan orang dewasa samada sakit sedikit atau teruk. Struktur dan fungsi tulang belakang menyebabkan bahagian belakang lebih cenderong mengalami kesakitan atau kecederaan. Tulang belakang yang menyokong badan kita mempunyai 33 tulang vertebrae berasingan yang dipisahkan oleh pelapik kartilej bolehsuai yang dipanggil 'disc' atau piring. Ia dikelilingi dan disulami dengan ligamen, otot, dan saraf. Sakit belakang boleh terjadi bila berlaku pegerakan yang salah atau secara tiba-tiba, terlalu banyak tekanan bebanan apabila membawa atau mengangkat barang berat, atau posisi badan yang lemah. Walaupun biasanya masalah ini tidak serius dan boleh diatasi dengan mudah namun kadang kala ianya boleh disebabkan oleh penyakit atau kecederaan yang terjadi pada tulang belakang, atau bagi sesetengah kes yang jarang berlaku iaitu penyakit pelvik dan abdomen seperti batu karang dan jangkitan.

TANDA-TANDA
Sakit atau sengal pada bahagian belakang, biasanya pada bahagian pinggang.

SEBAB-SEBAB

  • Kecederaan otot, seperti: 

    * Bentuk badan yang lemah - disebabkan oleh otot abdomen dan belakang lemah, postur yang lemah, terlalu lama duduk, berdiri atau membongkok dan kurang bersenam.

    * Kecederaan - hasil daripada pergerakan secara tiba-tiba atau terlalu kuat, atau cara yang salah mengangkat barang berat.

    * Kekejangan - disebabkan oleh stres atau tekanan.
  • Terdapat penyakit tulang, sendi atau penyakit-penyakit lain seperti arthritis atau ketumbuhan.
  • Kegemukan yang mana memberi bebanan kepada tulang belakang.
  • Kasut bertumit tinggi, yang mana menolak pinggang kehadapan dan meletakkan bebanan berlebihan ke atas bahagian bawah belakang.
  • Bagi wanita , sakit belakang terjadi ketika sebelum atau semasa haid.

LANGKAH YANG PERLU ANDA AMBIL

  • Sekiranya anda duduk, berdiri atau membongkok untuk tempoh yang lama, ubah kedudukan anda setiap 30 minit.
  • Mengamalkan postur ( posisi badan ) yang baik.
  • Memastikan anda tidur dalam posisi yang betul.
  • Tukar tilam kepada tilam yang lebih kemas yang boleh menyokong belakang anda.
  • Ambil ubat tahan sakit yang sederhana kekuatannya. Urut bahagian yang sakit dengan minyak , krim atau salap yang dapat menahan sakit atau mencegah bengkak.
  • Jika anda menerima perawatan bagi penyakit tekanan darah tinggi, sila ambil ubat-ubat tersebut mengikut peraturan dan jangan berhenti tanpa merujuk kepada doktor.
  • Jika anda gemuk, berusahalah untuk mengurangkan berat badan.
  • Selalulah bersenam.
  • Tuam belakang anda dengan bahan panas seperti botol air panas, tuala panas, dedahan kepada sinaran lampu infra red, untuk kira-kira 15 minit sekali atau dua kali sehari.
  • Elakkan daripada memakai kasut bertumit tinggi.
  • Rujuk doktor apabila sakit tidak hilang atau menjadi lebih teruk , kaki anda menunjukkan tanda-tanda lemah, atau anda mengalami masalah mengawal kencing.
  • Panggil ambulan jika sakit belakang anda disebabkan oleh terjatuh atau terhentak pada bahagian tersebut.

PETUA MENCEGAH

  • Amalkan postur yang baik dengan memastikan bahagian belakang anda tegak.
  • Gunakan kerusi yang dapat menyokong belakang anda dengan baik.
  • Tidur atas tilam yang sesuai (tidak terlalu lembut) dan elakkan berbaring dengan muka ke bawah.
  • Elakkan daripada duduk, berdiri atau membongkok terlalu lama.
  • Jangan mengangkat beban yang berat dengan membongkok.
  • Lakukan senaman terutama senaman yang dapat menguatkan otot abdomen (core muscle) dan belakang.
  • Jika berat anda meningkat, berusahalah untuk mengurangkannya bagi meringankan beban kepada tulang belakang.
  • Elakkan memakai kasut bertumit tinggi.

SOURCE:MOODPRO.TRIPOD.COM

STI:aku suka pakai kasut tinggi,beli kasut tinggi lagi aku suka!!!!

1 comments:

ARC said...

er....mungkinkah saye ade masalah tulang blakang? waaa umo baru 19..shyt la